BANTUAN INSENTIF KURSUS KAHWIN

Bantuan Insentif Kursus Perkahwinan Islam Negeri Johor

Panduan bagi yang BELUM pernah menghadiri kursus kahwin

1) Buat TEMPAHAN KURSUS di blog ini.

2) HADIR ke kursus kahwin.

 Peserta perlu bayar dahulu kepada pihak penganjur kursus kahwin RM120 seorang.
 Sebelum tamat kursus, kami akan serahkan Borang Permohonan Bantuan Insentif atau boleh download di blog ini.

3) Buat PERMOHONAN.
 Perlu lengkapkan borang permohonan Bantuan Insentif Kursus Perkahwinan Islam Negeri Johor.
 Sediakan dokumen yang diperlukan.
 Borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada Pejabat Kadi Daerah selepas tamat kursus kahwin atau dalam tempoh 3 bulan dari tarikh sijil kursus dikeluarkan.
 Tuntutan yang dihantar selepas 3 bulan dari tarikh kursus tidak akan diproses.
*Permohonan ini boleh dibuat bermula 1 September 2018.


Panduan bagi yang TELAH menghadiri kursus kahwin SELEPAS 9 Mei 2018
1) Download Borang Permohonan Bantuan Insentif di blog ini.
 Perlu lengkapkan Borang Permohonan Bantuan Insentif Kursus Perkahwinan Islam Negeri Johor.
 Sediakan dokumen yang diperlukan.
 Borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada Pejabat Kadi Daerah selepas tamat kursus atau dalam tempoh 3 bulan dari tarikh sijil kursus dikeluarkan.
 Tuntutan yang dihantar selepas 3 bulan dari tarikh kursus tidak akan diproses.
*Permohonan ini boleh dibuat bermula 1 September 2018.


Syarat-syarat KELAYAKAN memohon
1) Warganegara Malaysia.
2) Rakyat Negeri Johor.
3) Pemastautin yang melebihi lima (5) tahun.
4) Kursus bagi perkahwinan kali pertama sahaja.
5) Kursus yang diadakan di Negeri Johor sahaja.
6) Hadir dengan jayanya Kursus Perkahwinan dengan bayaran RM120.00.
7) Kursus yang diadakan selepas 9 Mei 2018.


Dokumen yang DIPERLUKAN
1) Salinan Kad Pengenalan.

2) Salinan buku bank / penyata bank pemohon.

3) Sijil Kursus Pra-Perkahwinan Yang Asal dan salinan. Jika Sijil hilang, pemohon perlu mendapatkan surat pengesahan kehadiran dan bukti kehadiran kursus daripada penganjur.

4) Surat Akuan Mastautin daripada Penghulu / Ketua Kampung atau Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah (jika pemastautin), dan dokumen sokongan (bil-bil utiliti) jika berkaitan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

BANTUAN ISIAN BORANG NIKAH ONLINE - BNO

  PERKHIDMATAN BANTUAN ISIAN BORANG KEBENARAN BERKAHWIN ONLINE (BNO) SPPIM - EMUNAKAHAT - EQARYAH Kami menawarkan bantuan isian borang nikah...