Tahukah
anda, Ujian HIV pra perkahwinan adalah satu perkara wajib dalam proses
permohonan perkahwinan di Malaysia adalah untuk mengambil Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan. Kami
kongsikan di bawah ini langkah demi langkah untuk membuat Ujian
Saringan HIV Pra Perkahwinan bagi bakal pengantin di Malaysia. Diharap
artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu bakal-bakal pengantin
merpersiapkan diri sebelum ke gerbang perkahwinan
[Pengenalan]

HIV
iaitu Human Immunodeficiency Virus, atau dalam Bahasa Melayu adalah
Virus Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit. HIV merupakan virus yang dapat
memusnahkan sistem imunisasi badan dan menyebabkan pesakit terdedah
kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser.
AIDS,
iaitu Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit Akut yang Teruk pula merupakan
peringkat serius di mana pesakit yang dijangkiti HIV mula menunjukkan
jangkitan yang khusus atau sel-sel pertahanan badan menurun.
HIV
boleh merebak melalui darah yang dijangkiti HIV atau cecair badan
seperti berkongsi suntikan jarum derma darah, menerima darah yang
dijangkiti HIV, melakukan hubungan seks dengan penghidap HIV dan
pelbagai lagi.
[Langkah-Langkah Membuat Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan]
Langkah 1: Kenalpasti Klinik Kesihatan Kerajaan Yang Berhampiran Dengan Kawasan Anda

Untuk
permohonan perkahwinan, ujian saringan HIV hanya boleh dibuat di klinik
kesihatan kerajaan dan hospital kerajaan sahaja. Klinik swasta atau
hospital swasta tidak dibenarkan. Sila hubungi klinik pilihan anda
terlebih dahulu untuk memastikan sama ada mereka menawarkan ujian
saringan HIV atau tidak.
Senarai klinik kesihatan kerajaan di seluruh negeri di Malaysia boleh didapati di link ini.
Kebiasaannya,
setiap klinik berbeza sesi ujian dan prosedur. Ambil kesempatan
tersebut juga untuk mengetahui waktu ujian yang boleh dibuat. Buat
temujanji jika perlu. Selain itu, semak jika negeri anda ada menyediakan
borang khusus untuk ujian saringan HIV pra perkahwinan atau tidak.
Langkah 2: Bawa RM 1 dan Kad Pengenalan

Untuk ujian ini, anda hanya perlu membawa wang RM 1 dan Kad Pengenalan. (*Bayaran mungkin berbeza mengikut negeri)
Langkah 3: Isi Borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan

Klinik
kesihatan kerajaan biasanya terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian
Pergigian, Ibu & Anak dan Pesakit Luar. Sila pergi ke Kaunter
Pendaftaran di bahagian Pesakit Luar dan beritahu pegawai yang bertugas
untuk buat ujian saringan HIV pra perkahwinan.
Anda
akan diberi Borang Permohonan Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan dan
Borang Kebenaran Memberi Keputusan Ujian Saringan HIV (mengikut negeri
masing-masing) untuk diisi. Untuk keselesaan anda, sila bawa pen sendiri
berwarna hitam.
Langkah 4: Ujian Saringan HIV Menggunakan Rapid Kit Test

Ujian
ini akan menggunakan Rapid Kit Test dan keputusan boleh diketahui terus
dalam masa 15-20 minit. Darah anda akan diambil dari hujung jari dengan
menggunakan jarum lancet.
Langkah 5: Keputusan Ujian HIV (Negatif atau Positif)

Jika Single Line, keputusan adalah negatif (tidak reaktif). Jika Double Line, keputusan adalah positif (reaktif).
Anda akan dimaklumkan mengenai keputusan ujian dan akan diberi sampul surat untuk diserahkan kepada Pendaftar Perkahwinan nanti.
Jika keputusan adalah HIV Negatif, anda boleh terus pulang selepas mendapat keputusan ujian.
Bagi
yang HIV Positif, kebenaran anda diperlukan untuk membuat ujian
pengesahan susulan di mana 5 mililiter darah akan diambil. Kebiasaannya,
keputusan ujian susulan dapat diketahui dalam tempoh 2 minggu. Setiap
kes HIV Positif perlu dirujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga atau
Klinik Penyakit Berjangkit. Anda akan diminta untuk datang kembali ke
klinik kesihatan tersebut dalam tempoh 2 hingga 3 minggu berikutnya
untuk mengambil keputusan ujian dan anda akan diberikan sesi bimbingan
kaunseling di Pejabat Agama samada ingin meneruskan perkahwinan ataupun
tidak.
[Antara Soalan Lazim Yang Kerap Ditanya]

Soalan 1
Adakah ujian saringan HIV pra perkahwinan boleh dibuat di klinik atau hospital swasta?
Jawapan: Ujian saringan HIV pra perkahwinan hanya boleh dibuat di klinik kesihatan dan hospital kerajaan sahaja.
Jawapan: Ujian saringan HIV pra perkahwinan hanya boleh dibuat di klinik kesihatan dan hospital kerajaan sahaja.
Soalan 2
Adakah ujian saringan HIV mempunyai tempoh sah untuk proses permohonan perkahwinan?
Jawapan: Betul, tempoh sah laku ujian saringan HIV untuk permohonan perkahwinan adalah dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh ujian dilakukan.
Jawapan: Betul, tempoh sah laku ujian saringan HIV untuk permohonan perkahwinan adalah dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh ujian dilakukan.
Soalan 3
Dimanakah borang ujian saringan HIV pra perkahwinan boleh diperolehi dan berapakah bayaran yang dikenakan?
Jawapan: Borang tersebut boleh diperolehi di klinik kesihatan kerajaan dengan bayaran pendaftaran RM 1.00/seorang.
Jawapan: Borang tersebut boleh diperolehi di klinik kesihatan kerajaan dengan bayaran pendaftaran RM 1.00/seorang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.