Senarai pusat kursus pra perkahwinan islam di Johor
Sila pilih pusat kursus kahwin pilihan anda
1. Pusat Kursus Pra Perkahwian Batu Pahat, Johor
2 Pusat Kursus Pra Perkahwinan Kulai, Johor
3. Pusat Kursus Pra Perkahwinan Tiram, Johor
4. Pusat Kursus Pra Perkahwinan Kluang, Johor
5. Pusat Kursus Pra Perkahwinan Bandar Baru Uda, Johor
6. Pusat Kursus Pra Perkahwinan Pasir Gudang - Johor
7. Pusat Kursus Pra Perkahwinan Skudai - Johor
8. Pusat Kursus Pra Perkahwinan Masai - Johor
9. Pusat Kursus Pra Perkahwinan Larkin - Johor
10. Pusat Kursus Pra Perkahwinan Peladang - Johor Bharu
11- Pusat Kursus Pra Perkahwinan Parit Raja -Johor
kursus kahwin johor, kursus kahwin batu pahat, kursus kahwin skudai, kursus kahwin jb, kursus kahwin pasir gudang, kursus kahwin larkin, kursus kahwin bandar baru uda
Thursday, January 16, 2020
Wednesday, January 15, 2020
10 STEP Panduan Daftar Nikah dan prosedur perkahwinan Bagi Pasangan Bakal-Bakal Pengantin
10 STEP Panduan Daftar Nikah dan prosedur
perkahwinan Bagi Pasangan Bakal-Bakal Pengantin
Kepada
pengantin-pengantin yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi,
Anda harus ambil tahu bertapa pentingnya untuk mengambil tahu prosedur
mendaftar pernikahan di Pejabat Agama. Ini akan memudahkah urusan
pendaffaran dan penikahan buat bakal-bakal pengantin sekiranya kita
faham langkahnya, mudahlah nak merancang apa yang diperlukan dalam
jangka masa
yang ditetapkan. Kalau tanya dengan orang tua kita, mungkin prosesnya
dahulu dan sekarang jauh berbeza
sebab sekarang dah menggunakan sistem baru / online
dimana sistem ini telah diseragamkan ke beberapa negeri di malaysia dan
bakal digunapaikan ke seluruh negeri di malaysia tidak lama lagi.
Dalam artikel kali ini, kami berbesar hati menyiarkan
perkongsian 10 Langkah yang anda perlu ambil tahu sebelum memasuki gerbang perkahwinan.
Selama menjalani praktikal di Pejabat Agama, memang kerjanya hari-hari
berkaitan dengan borang-borang nikah kahwin. kepada bakal-bakal
pengantin boleh lah buat nota ringkas ya bagi persediaan hari besar
anda. Semoga perkongsian ini
dapat menjadi panduan dan memudahkan anda yang bakal berkahwin. Mari kita semak
prosesnya.
1. HADIRI KURSUS PRA PERKAHWINAN
Di
Malaysia kursus pra perkahwinan adalah satu kursus yang wajib diikuti
oleh bakal-bakal pengantin, kursus kahwin ini dikawal selia oleh Jabatan
Agama Islam setiap negeri dan mengikut modul
bersepadu kursus perkahwinan islam di bawah Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia, (JAKIM). Di dalam proram kursus kahwin ini, bakal pengantin
akan diajar mengenai prosedur perkahwinan, komunikasi suami isteri,
pengurusan kewangan dan kesihatan, dan banyak lagi modul-modul yang
menarik, nak tahu lebih lanjut kena la hadir kursus kahwin ni ya
Para
peserta akan mendapat sijil kursus kahwin setelah tamat kursus dan
sijil ni diperlukan semasa bakal-bakal pengantin ingin mengantar borang
nikah di pejabat agama islam yang berdekatan. Bagi bakal-bakal pengantin
disekitar kedah anda boleh mendapatkan infor pusat-pusat kursus kahwin
di sini senarai pusat kursus kahwin kedah
2. LAYARI LAMAN WEB SPPIM (SISTEM
PENGURUSAN PERKAHWINAN ISLAM MALAYSIA)
Permohonan Kebenaran Berkahwin Online melalui www.sppim.gov.my setakat
2019 ini meliputi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis,
Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan. Negeri-negeri bakal menyusul tidak lama lagi
Bagi negeri yang tidak
disebutkan, bolehlah terus membuat permohonan dan mendapatkan kebenaran
berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing.
Bila dah ke laman web
SPPIM, anda akan nampak paparan begini di halaman utama.
Seterusnya klik pada ikon Benar Nikah Online dan isi maklumat diri sendiri & pasangan.
·
Bila dah siap isi,
simpan nombor rujukan permohonan yang diberikan dari laman web ini.
·
Nombor rujukan ini
penting sebab akan digunakan setiap kali log in.
·
Borang boleh
dikemaskini dan diperbetulkan selagi belum diproses oleh Pejabat Agama.
3. PERIKSA PASANGAN LELAKI TINGGAL DI
DAERAH MANA
Jika pasangan dari daerah yang Sama:
Jika pasangan lelaki tinggal di daerah sama dengan perempuan,
bakal pengantin lelaki dan perempuan kena hantar borang nikah online tadi ke Pejabat Agama dalam tempoh 30hari / sebulan sebelum tarikh akad nikah.
Daerah / Negeri
Berbeza :
Tapi kalau daerah / negeri lelaki berbeza dengan perempuan,
bakal pengantin lelaki mesti menghantar borang nikah ke Pejabat Agama dalam
tempoh 90 hari/3 bulansebelum tarikh akad nikah.
4. UJIAN HIV
Ujian
HIV adalah satu perkara wajib dalam proses permohonan perkahwinan di
Malaysia, Keputusan Ujian HIV ini perlu disertakan semasa bakal
pengantin mengantar borang-borang nikah di pejabat agama islam kawasan
kariah anda. Tempoh sah laku ujian HIV ini adalah 6 bulan dari tarikh
ujian tersebut diadakan.
Untuk artikel mengenai Ujian saringan HIV ini sila ke laman sebelah.
5. HANTAR BORANG
Sebelum hantar borang, Sila periksa senarai semak dan pastikan borang dah ditandatangan oleh
Imam Masjid Kariah dan ada cop. Kemudian, bawa juga beberapa dokumen lain ke
pejabat agama beserta dengan borang online yang dah disahkan tadi.
Boleh rujuk gambar kat bawah.
Boleh rujuk gambar kat bawah.
Bagi lelaki:
Bagi perempuan:
·
Kalau di negeri Kedah,
pasangan kena baca ikrar. Negeri lain tak pasti pula macam mana.
· Selepas borang berjaya diserahkan , ayaran RM15 (seorang) untuk mohon
borang kebenaran berkahwin. Kalau 2 orang iaitu kalau SAMA daerah kena bayar
RM30 ya.
·
Borang kebenaran
berkahwin selalunya siap dalam masa seminggu, bergantung kepada pejabat agama negeri masing-masing.
6. BAGI BORANG KEBENARAN PADA PIHAK
PEREMPUAN
Selepas seminggu,
boleh minta pihak lelaki ambilkan borang tersebut dan bagi kepada pihak
perempuan. Ini kalau daerah/ negeri lelaki yang BERBEZA dengan pihak perempuan.
Tapi kalau
daerah/negeri yang SAMA dengan pihak perempuan, boleh terus bagi kepada Imam
Masjid Kariah untuk akad nikah.
7. Bagi pihak perempuan yang berbeza dearah
Berbalik kepada tadi,
bagi pasangan yang BERBEZA daerah, pihak perempuan perlu bawa borang-borang
lelaki yang dah disahkan oleh Pejabat Agama tadi ke Pejabat Agama daerah
perempuan dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah.
·
Lepas seminggu,
Pejabat Agama akan bagi borang kebenaran nikah untuk pihak perempuan.
·
Seterusnya, bawa pulak
borang ini kepada Imam Masjid Kariah untuk akad nikah.
8. AKAD NIKAH
Masa akad nikah, Tok Kadi / Tok Imam akan bagi Surat Nikah
Sementara.
Pasangan wajib semak
maklumat dalam Surat Nikah Sementara ini. Pastikan nombor IC semua betul, ejaan
nama tiada kesilapan, dan sebagainya. (PENTING sebab maklumat dalam dokumen ini
akan digunakan untuk buat Sijil Nikah.)
Kemudian bawa Surat
Nikah Sementara ke Pejabat Agama DAERAH PEREMPUAN untuk buat Sijil Nikah.
Kenapa mesti daerah perempuan? Sebab ikut tempat akad nikah.
-contoh-
9. PROSES MEMOHON SIJIL NIKAH
Untuk memohon Sijil
Nikah,
·
Bawa surat nikah
sementara (asal + salinan)
·
IC sendiri, IC
pasangan & IC wali
·
Bayar RM20 untuk sijil
nikah.
·
Tempoh siap biasanya
sebulan atau kurang. Bergantung kepada negeri masing-masing.
Seeloknya, fotostat
sijil nikah tadi, lipat dan simpan dalam dompet. Sijil Nikah asal boleh simpan
dalam fail. Bukan apa, manalah tahu kalau kena serbu dengan Pegawai Agama,
adalah bukti Sijil Nikah yang sentiasa dibawa bersama. Sebab masa ini Kad
Kahwin belum dapat lagi.
10. PROSES MEMOHON KAD KAHWIN
Akhir sekali, bila dah dapat Sijil Nikah, eloklah buat Kad
Kahwin pula. Saiznya yang lebih kecil seperti saiz kad pengenalan memudahkan anda
membawa kad tersebut bersama ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan.
Sediakan bayaran RM40
untuk sepasang pasangan. Nanti Pejabat Agama akan bagi senarai dokumen yang
perlu dibawa untuk mohon Kad Kahwin.
-contoh-
ALHAMDULILLAH, SELESAI…
so
kepada bakal2 pengantin..harap dengan perkongsian artikel ini sedikit
sebanyak dapat membantu anda dalam persiapan ke alam perkahwinan
kelak..admin mengucapkan selamat pengantin baru buat bakal2 pengantin
dan
Dipersilakan share bagi meringankan
kerungsingan semua.
Selamat berkahwin!
Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Untuk Bakal Pengantin di Malaysia
Tahukah
anda, Ujian HIV pra perkahwinan adalah satu perkara wajib dalam proses
permohonan perkahwinan di Malaysia adalah untuk mengambil Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan. Kami
kongsikan di bawah ini langkah demi langkah untuk membuat Ujian
Saringan HIV Pra Perkahwinan bagi bakal pengantin di Malaysia. Diharap
artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu bakal-bakal pengantin
merpersiapkan diri sebelum ke gerbang perkahwinan
[Pengenalan]

HIV
iaitu Human Immunodeficiency Virus, atau dalam Bahasa Melayu adalah
Virus Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit. HIV merupakan virus yang dapat
memusnahkan sistem imunisasi badan dan menyebabkan pesakit terdedah
kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser.
AIDS,
iaitu Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit Akut yang Teruk pula merupakan
peringkat serius di mana pesakit yang dijangkiti HIV mula menunjukkan
jangkitan yang khusus atau sel-sel pertahanan badan menurun.
HIV
boleh merebak melalui darah yang dijangkiti HIV atau cecair badan
seperti berkongsi suntikan jarum derma darah, menerima darah yang
dijangkiti HIV, melakukan hubungan seks dengan penghidap HIV dan
pelbagai lagi.
[Langkah-Langkah Membuat Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan]
Langkah 1: Kenalpasti Klinik Kesihatan Kerajaan Yang Berhampiran Dengan Kawasan Anda

Untuk
permohonan perkahwinan, ujian saringan HIV hanya boleh dibuat di klinik
kesihatan kerajaan dan hospital kerajaan sahaja. Klinik swasta atau
hospital swasta tidak dibenarkan. Sila hubungi klinik pilihan anda
terlebih dahulu untuk memastikan sama ada mereka menawarkan ujian
saringan HIV atau tidak.
Senarai klinik kesihatan kerajaan di seluruh negeri di Malaysia boleh didapati di link ini.
Kebiasaannya,
setiap klinik berbeza sesi ujian dan prosedur. Ambil kesempatan
tersebut juga untuk mengetahui waktu ujian yang boleh dibuat. Buat
temujanji jika perlu. Selain itu, semak jika negeri anda ada menyediakan
borang khusus untuk ujian saringan HIV pra perkahwinan atau tidak.
Langkah 2: Bawa RM 1 dan Kad Pengenalan

Untuk ujian ini, anda hanya perlu membawa wang RM 1 dan Kad Pengenalan. (*Bayaran mungkin berbeza mengikut negeri)
Langkah 3: Isi Borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan

Klinik
kesihatan kerajaan biasanya terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian
Pergigian, Ibu & Anak dan Pesakit Luar. Sila pergi ke Kaunter
Pendaftaran di bahagian Pesakit Luar dan beritahu pegawai yang bertugas
untuk buat ujian saringan HIV pra perkahwinan.
Anda
akan diberi Borang Permohonan Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan dan
Borang Kebenaran Memberi Keputusan Ujian Saringan HIV (mengikut negeri
masing-masing) untuk diisi. Untuk keselesaan anda, sila bawa pen sendiri
berwarna hitam.
Langkah 4: Ujian Saringan HIV Menggunakan Rapid Kit Test

Ujian
ini akan menggunakan Rapid Kit Test dan keputusan boleh diketahui terus
dalam masa 15-20 minit. Darah anda akan diambil dari hujung jari dengan
menggunakan jarum lancet.
Langkah 5: Keputusan Ujian HIV (Negatif atau Positif)

Jika Single Line, keputusan adalah negatif (tidak reaktif). Jika Double Line, keputusan adalah positif (reaktif).
Anda akan dimaklumkan mengenai keputusan ujian dan akan diberi sampul surat untuk diserahkan kepada Pendaftar Perkahwinan nanti.
Jika keputusan adalah HIV Negatif, anda boleh terus pulang selepas mendapat keputusan ujian.
Bagi
yang HIV Positif, kebenaran anda diperlukan untuk membuat ujian
pengesahan susulan di mana 5 mililiter darah akan diambil. Kebiasaannya,
keputusan ujian susulan dapat diketahui dalam tempoh 2 minggu. Setiap
kes HIV Positif perlu dirujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga atau
Klinik Penyakit Berjangkit. Anda akan diminta untuk datang kembali ke
klinik kesihatan tersebut dalam tempoh 2 hingga 3 minggu berikutnya
untuk mengambil keputusan ujian dan anda akan diberikan sesi bimbingan
kaunseling di Pejabat Agama samada ingin meneruskan perkahwinan ataupun
tidak.
[Antara Soalan Lazim Yang Kerap Ditanya]

Soalan 1
Adakah ujian saringan HIV pra perkahwinan boleh dibuat di klinik atau hospital swasta?
Jawapan: Ujian saringan HIV pra perkahwinan hanya boleh dibuat di klinik kesihatan dan hospital kerajaan sahaja.
Jawapan: Ujian saringan HIV pra perkahwinan hanya boleh dibuat di klinik kesihatan dan hospital kerajaan sahaja.
Soalan 2
Adakah ujian saringan HIV mempunyai tempoh sah untuk proses permohonan perkahwinan?
Jawapan: Betul, tempoh sah laku ujian saringan HIV untuk permohonan perkahwinan adalah dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh ujian dilakukan.
Jawapan: Betul, tempoh sah laku ujian saringan HIV untuk permohonan perkahwinan adalah dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh ujian dilakukan.
Soalan 3
Dimanakah borang ujian saringan HIV pra perkahwinan boleh diperolehi dan berapakah bayaran yang dikenakan?
Jawapan: Borang tersebut boleh diperolehi di klinik kesihatan kerajaan dengan bayaran pendaftaran RM 1.00/seorang.
Jawapan: Borang tersebut boleh diperolehi di klinik kesihatan kerajaan dengan bayaran pendaftaran RM 1.00/seorang.
Wanita sarat mengadung anak ketiga hampir pitam apabila mengetahui perkahwinan dia dengan suami tidak sah dan dibatalkan?
Kisah
ini dipetik dari salah satu fail mahkhamah syariah, dan dan diceritakan
semula oleh adik kepada si mangsa keadaan, semua maklumat seperti tahun
kes, lokasi dan identiti yang terlibat dirahsiakan
Dah Mengandungkan Anak Ketiga Baru Suami isteri Ini Tahu Perkahwinan Mereka Tak Sah!
Tak sangka selama ini fikirkan perkahwinan sah, lepas dah berkeluarga
baru tahu rupa-rupanya perkahwinan kakak kepada gadis ini tiba-tiba
terbatal sewaktu mengandungkan anak ketiga!
Perkahwinan terbatal oleh mahkamah sebab salah wali. Punca daripada tok kadi
“Perkahwinan kakak aku dibatalkan oleh mahkamah sebab salah wali.
Punca dari tok kadi. Perkongsian ini buat sesiapa yang dah kehilangan
ayah TAPI atok(side ayah) masih hidup. Dan khas buat selangorian. Sebab
lain negeri, lain jabatan agamanya.”
“Aku
ada tiga kakak, A, B, dan C. A kahwin masa papa hidup. B & C tak
kawen lagi tapi papa dah meninggal (Al-fatihah). Atok masih hidup.
Abang aku pun hidup.”
“Masa
C kahwin, dia guna abang aku as wali. All went well. Tok kadi masa tu
tak ada tanya pun atok aku hidup lagi ke tak so just proceed jela dengan
abang aku as wali. Time tu tok kadi tu dah nak pencen”
“Tapi
their marriage macam tak berapa nak happy. Aku perasan rezeki diorang
macam disekat. Macam something wrong somewhere. Sampai lah diorang ada
anak 2 orang. At this point, dua-dua diberhentikn kerja(contract).
Allahu, aku tak tahu nak cakap apa masa ni sebab sedih teruk.”
Mula-mula
semua berjalan lancar memandangkan abang masih hidup, jadi secara
langsungnya menjadi wali kepada pasangan kakak ketiga. Namun, tanpa diduga ini yang terjadi sewaktu kakak kedua ingin berkahwin
Tok kadi tak tanya pun atuk hidup lagi ke tak
“Aku,
mama & kakak yang lain tolong sehabis boleh nak support life
diorang & diaorang pun dah start berniaga. Time ni kakak aku ni dah
pregnant anak ke-3. Alhamdulillah. Time ni jugak kakak aku si B nak
kahwin.”
“Si B buat lah proses nk kahwin tu mcm biasa.”
“Guna abang aku as wali. Sesampai je dia mengadap tok kadi, Seraya tok kadi bertanya,
‘Ayah dah meninggal ya?’
‘Ya’
‘Atok dah meninggal ya?’
‘Belum’
‘Tapi kenapa abang awak jadi wali bukan atok?’
‘Sebab haritu adik saya kahwin, abang saya jadi wali”
‘Eh, tak sah tu. atok kena jd wali. Bukan abang’ ‘Eh’
Ahhhh sudah. Jem kejap satu family bila kakak aku si B ni inform sebab yang si C dah pregnant anak ke-3 pula tu.
Okay, time ni tok kadi nya tok kadi baru. Yang dah pencen tu aku tatau lah kemana pegi nya.
Perkahwinan dibatalkan, kena turun naik mahkamah
“Atok aku ni orang perak. Jauh sikit si B nak pergi buat wakalah walinya.Alhamdulillah
settle si B ni. Sementara si C ni nak kena turun naik mahkamah, dah
dapat tahu dibatalkan perkahwinan dia tadi tu. Jadi dia tinggal lah
berasingan dengan laki dia, duduk rumah mak aku.”
“Kami bawa lah mereka ni balik Perak nak buat wakalah wali dengan tok ni tadi. Atuk pula nazak.
Ayah sedara aku ni imam dekat sg. Durian sana, Jadi dia tolong lah kami
ni nak buat wakalah wali. Kami pula diceramahkan sebab kahwin tu tak
sah dan dibatalkan.”
“Buat
wakalah wali ni tergendala la kejap sebab atok tengah nazak dan lepas
atok meninggal, baru lah buat wakalah wali baru guna abang as wali. Time ni memang banyak perselisihan dengan family side perak sebab semuanya agamawan.”
Lepas
dah dapat tahu bahawa perkahwinan kakaknya yang ketiga itu telah
dibatalkan, mereka terpaksa membuat urusan mahkamah untuk selesaikan
masalah. Alhamdulillah segalanya selesai.
Tapi, disebabkan kakaknya sudah mempunyai zuriat, berlaku pula cabaran baru.
Dapat perintah nikah balik. Nikah mcm biasa. Selesai..Tapi…
“Lepas
atok meninggal, pergi naik turun mahkamah. Aku sebagai saksi, angkat
sumpah apa semua, menjawab dengan hakim pasal pernikahan tu, cuak!”
“Best
part is, hakim bukan geleng kepala beb. Dia tepok dahi. Kakak aku pulak
pergi gelak dalam tu sebab benda ni jadi sebagai punca je.”
“Gila
kau. Anak dah nak masuk 3, tetiba kena batal. Memang tepuk dahi lah
hakim tu aku yang cuak dalam kandang saksi tu pun ada la senyum sikit
dari tergagap je.”
“So dapat perintah nikah balik. Nikah mcm biasa. Setel.”
“TAPI,”
“Part anak tak setel lagi. Sebab bila perkahwinan dah dibatalkan, automatik pertalian anak juga terpisah. So kena lah buat ‘nasab anak’. Nasab anak ni, untuk sahkan itu anak dia. Kena tunggu yang baby tu lahir dulu, buat sekali”
Kena buat nasab anak…Tertangguh selama 2 tahun sebab..
“Nasab anak dia dah tertangguh selama 2tahun. Entah hamba Allah mana la yang cakap ke family kakak aku ni, kalau buat nasab anak nanti anak kena amek dengan jabatan kebajikan.”
“Aku
tak tahu lah kenapa senang benar percaya cakap org. Cakap aku yang
usahakn mcm2 ni tanak dgr. so, kakak aku lahirkan baby girl, baby anak
syurga(oku). Dia ada masalah cleft lip, tulang punggung, jantung &
satu lutut tak boleh di lipat which is takde tempurung lutut.”
“So
disebabkan baby ni ada banyak masalah kesihatan, ktorg push diorg suruh
buat nasab anak cpt2 sbb benda2 kaitan agama ni jgn lah dibuat main.
Tak kita yg kena, anak2 kecil yg tak salah tu kena akibatnya. Tak jugak
dibuat sbb tkut kena amek dgn jbtn kebajikan”
“Aku jejak lagi kaki ke mahkamah nak setelkan nasab anak. Bukan payah pun. Isi borang je, lampirkan documents. Dah setel. Kan senang? Aku kesiankan ank buah aku tu, sampai skrg tak setel lg medical dia tu”
“Nasab
anak ni pun jgn dibuat main, nak nak pula bila ada ank perempuan. Naya
weh dia nk kawen esok satgi, bapak taleh jd wali. Naya wehh naya. So
lepas setel nasab anak nt, maka setellah alkisah kakak aku ni.”
Pesanan untuk kaum adam
“Aku
nak ingatkan ke semua lelaki, tolong amek berat sikit part ni. Sebab tu
dalam agama, lelaki, ada tanggungjawab besar dalam keluarga hatta dlm
agama sekalipun”
“So
kakak aku sekarang housewife jaga anak dia sebab kena selalu berulang
ke hospital. Doakan dia & husb dia dimurahkan rezeki & doakan
anak buah aku sihat mcm anak2 yg lain. Anak syurga tu. alhamdulillah
anak dia lg 2 tu bijak anaknya. Hafiz hafizah inshaAllah.”
“Untuk
yang tanya psal anak sah ke tak. Anak tu tetap sah anak diorg. Dari
segi agama, anak tu tak salah. Even kakak aku dan husband dia pun tak
salah. Cumanya ada procedure perlu dibuat supaya benda ni disetelkan
dengan cara yang betul. Hanya perkahwinan je yang affected.”
“Apa
aku nak tekankan kat sini, bab agama ni jangan lah buat main. Aku dah
perasan lama macam ada benda tak kena tapi time tu aku budak ni. Bila
dah besar ni, aku pegang lah taggungjawab nak setelkan semua ni untuk
kakak2 aku..”
“Maaf
kalau ada salah silap. Kami tahu kami tak sempurna. Jadi perkongsian
ini buat lah teladan. Kes ni dah lama, cuma baru sekarang dikongsi
bersama. Untuk yang maki hamun tadi tu, terima kasih. Moga diberkati
dunia akhirat.”
Bagi
admin, semua pihak perlu peka dan ambil tahu dalam bab-bab perkahwinan
agar urusan dipermudahkan. Boleh rujuk kepada jabatan agama kalau ada
perkara yang kurang pasti dan yang
tidak tahu prosedur tolong la peka dan belajar semasa hadir di kursus
perkahwinan, prosedur dan rukun nikah semua diajar semula..tolong ambil
berat dan jangan sambil lewa bab agama.
Harap kisah ini dapat dijadikan pengajaran buat kita nanti jika ingin melangkah ke alam perkahwinan. Atas keizinan tuan empunya badan, identiti wanita ini terpaksa disembunyikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
BANTUAN ISIAN BORANG NIKAH ONLINE - BNO
PERKHIDMATAN BANTUAN ISIAN BORANG KEBENARAN BERKAHWIN ONLINE (BNO) SPPIM - EMUNAKAHAT - EQARYAH Kami menawarkan bantuan isian borang nikah...
-
PERKHIDMATAN BANTUAN ISIAN BORANG KEBENARAN BERKAHWIN ONLINE (BNO) SPPIM - EMUNAKAHAT - EQARYAH Kami menawarkan bantuan isian borang nikah...
-
KURSUS KAHWIN ONLINE - JAWI SEPANJANG TEMPOH PKP BAGI SEMUA NEGERI DI MALAYSIA Anda, adik beradik atau saudara mara bakal melangsungkan ...
-
KURSUS KAHWIN ONLINE - JAWI SEPANJANG TEMPOH PKP BAGI SEMUA NEGERI DI MALAYSIA Anda, adik beradik atau saudara mara bakal melangsungkan ...












