10 STEP Panduan Daftar Nikah dan prosedur
perkahwinan Bagi Pasangan Bakal-Bakal Pengantin
Kepada
pengantin-pengantin yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi,
Anda harus ambil tahu bertapa pentingnya untuk mengambil tahu prosedur
mendaftar pernikahan di Pejabat Agama. Ini akan memudahkah urusan
pendaffaran dan penikahan buat bakal-bakal pengantin sekiranya kita
faham langkahnya, mudahlah nak merancang apa yang diperlukan dalam
jangka masa
yang ditetapkan. Kalau tanya dengan orang tua kita, mungkin prosesnya
dahulu dan sekarang jauh berbeza
sebab sekarang dah menggunakan sistem baru / online
dimana sistem ini telah diseragamkan ke beberapa negeri di malaysia dan
bakal digunapaikan ke seluruh negeri di malaysia tidak lama lagi.
Dalam artikel kali ini, kami berbesar hati menyiarkan
perkongsian 10 Langkah yang anda perlu ambil tahu sebelum memasuki gerbang perkahwinan.
Selama menjalani praktikal di Pejabat Agama, memang kerjanya hari-hari
berkaitan dengan borang-borang nikah kahwin. kepada bakal-bakal
pengantin boleh lah buat nota ringkas ya bagi persediaan hari besar
anda. Semoga perkongsian ini
dapat menjadi panduan dan memudahkan anda yang bakal berkahwin. Mari kita semak
prosesnya.
1. HADIRI KURSUS PRA PERKAHWINAN
Di
Malaysia kursus pra perkahwinan adalah satu kursus yang wajib diikuti
oleh bakal-bakal pengantin, kursus kahwin ini dikawal selia oleh Jabatan
Agama Islam setiap negeri dan mengikut modul
bersepadu kursus perkahwinan islam di bawah Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia, (JAKIM). Di dalam proram kursus kahwin ini, bakal pengantin
akan diajar mengenai prosedur perkahwinan, komunikasi suami isteri,
pengurusan kewangan dan kesihatan, dan banyak lagi modul-modul yang
menarik, nak tahu lebih lanjut kena la hadir kursus kahwin ni ya
Para
peserta akan mendapat sijil kursus kahwin setelah tamat kursus dan
sijil ni diperlukan semasa bakal-bakal pengantin ingin mengantar borang
nikah di pejabat agama islam yang berdekatan. Bagi bakal-bakal pengantin
disekitar kedah anda boleh mendapatkan infor pusat-pusat kursus kahwin
di sini senarai pusat kursus kahwin kedah
2. LAYARI LAMAN WEB SPPIM (SISTEM
PENGURUSAN PERKAHWINAN ISLAM MALAYSIA)
Permohonan Kebenaran Berkahwin Online melalui www.sppim.gov.my setakat
2019 ini meliputi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis,
Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan. Negeri-negeri bakal menyusul tidak lama lagi
Bagi negeri yang tidak
disebutkan, bolehlah terus membuat permohonan dan mendapatkan kebenaran
berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing.
Bila dah ke laman web
SPPIM, anda akan nampak paparan begini di halaman utama.
Seterusnya klik pada ikon Benar Nikah Online dan isi maklumat diri sendiri & pasangan.
·
Bila dah siap isi,
simpan nombor rujukan permohonan yang diberikan dari laman web ini.
·
Nombor rujukan ini
penting sebab akan digunakan setiap kali log in.
·
Borang boleh
dikemaskini dan diperbetulkan selagi belum diproses oleh Pejabat Agama.
3. PERIKSA PASANGAN LELAKI TINGGAL DI
DAERAH MANA
Jika pasangan dari daerah yang Sama:
Jika pasangan lelaki tinggal di daerah sama dengan perempuan,
bakal pengantin lelaki dan perempuan kena hantar borang nikah online tadi ke Pejabat Agama dalam tempoh 30hari / sebulan sebelum tarikh akad nikah.
Daerah / Negeri
Berbeza :
Tapi kalau daerah / negeri lelaki berbeza dengan perempuan,
bakal pengantin lelaki mesti menghantar borang nikah ke Pejabat Agama dalam
tempoh 90 hari/3 bulansebelum tarikh akad nikah.
4. UJIAN HIV
Ujian
HIV adalah satu perkara wajib dalam proses permohonan perkahwinan di
Malaysia, Keputusan Ujian HIV ini perlu disertakan semasa bakal
pengantin mengantar borang-borang nikah di pejabat agama islam kawasan
kariah anda. Tempoh sah laku ujian HIV ini adalah 6 bulan dari tarikh
ujian tersebut diadakan.
Untuk artikel mengenai Ujian saringan HIV ini sila ke laman sebelah.
5. HANTAR BORANG
Sebelum hantar borang, Sila periksa senarai semak dan pastikan borang dah ditandatangan oleh
Imam Masjid Kariah dan ada cop. Kemudian, bawa juga beberapa dokumen lain ke
pejabat agama beserta dengan borang online yang dah disahkan tadi.
Boleh rujuk gambar kat bawah.
Boleh rujuk gambar kat bawah.
Bagi lelaki:
Bagi perempuan:
·
Kalau di negeri Kedah,
pasangan kena baca ikrar. Negeri lain tak pasti pula macam mana.
· Selepas borang berjaya diserahkan , ayaran RM15 (seorang) untuk mohon
borang kebenaran berkahwin. Kalau 2 orang iaitu kalau SAMA daerah kena bayar
RM30 ya.
·
Borang kebenaran
berkahwin selalunya siap dalam masa seminggu, bergantung kepada pejabat agama negeri masing-masing.
6. BAGI BORANG KEBENARAN PADA PIHAK
PEREMPUAN
Selepas seminggu,
boleh minta pihak lelaki ambilkan borang tersebut dan bagi kepada pihak
perempuan. Ini kalau daerah/ negeri lelaki yang BERBEZA dengan pihak perempuan.
Tapi kalau
daerah/negeri yang SAMA dengan pihak perempuan, boleh terus bagi kepada Imam
Masjid Kariah untuk akad nikah.
7. Bagi pihak perempuan yang berbeza dearah
Berbalik kepada tadi,
bagi pasangan yang BERBEZA daerah, pihak perempuan perlu bawa borang-borang
lelaki yang dah disahkan oleh Pejabat Agama tadi ke Pejabat Agama daerah
perempuan dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah.
·
Lepas seminggu,
Pejabat Agama akan bagi borang kebenaran nikah untuk pihak perempuan.
·
Seterusnya, bawa pulak
borang ini kepada Imam Masjid Kariah untuk akad nikah.
8. AKAD NIKAH
Masa akad nikah, Tok Kadi / Tok Imam akan bagi Surat Nikah
Sementara.
Pasangan wajib semak
maklumat dalam Surat Nikah Sementara ini. Pastikan nombor IC semua betul, ejaan
nama tiada kesilapan, dan sebagainya. (PENTING sebab maklumat dalam dokumen ini
akan digunakan untuk buat Sijil Nikah.)
Kemudian bawa Surat
Nikah Sementara ke Pejabat Agama DAERAH PEREMPUAN untuk buat Sijil Nikah.
Kenapa mesti daerah perempuan? Sebab ikut tempat akad nikah.
-contoh-
9. PROSES MEMOHON SIJIL NIKAH
Untuk memohon Sijil
Nikah,
·
Bawa surat nikah
sementara (asal + salinan)
·
IC sendiri, IC
pasangan & IC wali
·
Bayar RM20 untuk sijil
nikah.
·
Tempoh siap biasanya
sebulan atau kurang. Bergantung kepada negeri masing-masing.
Seeloknya, fotostat
sijil nikah tadi, lipat dan simpan dalam dompet. Sijil Nikah asal boleh simpan
dalam fail. Bukan apa, manalah tahu kalau kena serbu dengan Pegawai Agama,
adalah bukti Sijil Nikah yang sentiasa dibawa bersama. Sebab masa ini Kad
Kahwin belum dapat lagi.
10. PROSES MEMOHON KAD KAHWIN
Akhir sekali, bila dah dapat Sijil Nikah, eloklah buat Kad
Kahwin pula. Saiznya yang lebih kecil seperti saiz kad pengenalan memudahkan anda
membawa kad tersebut bersama ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan.
Sediakan bayaran RM40
untuk sepasang pasangan. Nanti Pejabat Agama akan bagi senarai dokumen yang
perlu dibawa untuk mohon Kad Kahwin.
-contoh-
ALHAMDULILLAH, SELESAI…
so
kepada bakal2 pengantin..harap dengan perkongsian artikel ini sedikit
sebanyak dapat membantu anda dalam persiapan ke alam perkahwinan
kelak..admin mengucapkan selamat pengantin baru buat bakal2 pengantin
dan
Dipersilakan share bagi meringankan
kerungsingan semua.
Selamat berkahwin!





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.